Friday 24 May 2013

Perlu Masa

Ya. Saya perlukan masa untuk menulis tentang hidup di Jakarta. Selama lebih kurang 7-8 tahun berada di perantauan, baru sekarang ada kekuatan, ilham dan idea untuk menulis. Biar tulisan ini menjadi catatan renungan dan pedoman buat generasi yang bakal saya tinggalkan kerana mati itu pasti.

Saya mahu tulis pengalaman meneruskan hidup di Jakarta. Pengalaman mencari rumah, pengalaman ketika sesak di jalanraya, pengalaman jalan-jalan ke Bandung, pengalaman ketika ada pembantu rumah,  pengalaman dimasukkan ke hospital, pengalaman berpuasa Ramadhan, berhari raya Kurban, dan bermacam-macam lagi. Cuma saya perlu masa dan belajar menulis dengan baik. Itu sahaja.

Tuesday 21 May 2013

Tajamkan Indera.

Saya sedang membaca sebuah blog dan serta merta saya tertarik dengan ayat "Saya menajamkan segala indera saya dalam menjalani hari-hari saya. Segala sesuatu yang saya lihat, akan saya renungi saat itu juga"

Untuk tajamkan indera, ia melibatkan sifat peka terhadap sekeliling kita. Kebiasaannya untuk lebih peka, mata dan telinga memainkan peranan penting. Mata memerhati dan telinga mendengar. Secara tidak langsung mulut akan diam. 

Saya teringat sebuah doa yang sering dibaca pagi dan petang oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi wa Sallam yang berbunyi  "Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badanku, sejahterakanlah pendengaranku dan Ya Allah, sejahterakanlah penglihatanku"

Monday 20 May 2013

Tentang Menulis

Sejak sekian lama sama meminati yang namanya BUKU. Buku yang saya minati mempunyai kategori hati sendiri. Saya tidak akan baca buku-buku yang tidak berfaedah. Itu prinsip saya. Kerana yang namanya BUKU, ia mencerminkan diri kita sendiri. Kita adalah apa yang kita baca.

Selepas minat pada buku, kumpul buku, suka baca, secara tidak langsung sel-sel untuk menulis terbina. Jadi, saya akan cuba untuk menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat. Sekarang saya mahu belajar menulis berkaitan dengan pengalaman tinggal di Tanah Jawa, Indonesia selama 8 tahun dan juga pengalaman kunjungan saya ke Republik Iran pada tahun lepas. Mudah-mudahan saya punya kekuatan daya ingatan untuk mengingat setiap apa yang terjadi didalam kotak memori.

Thursday 9 May 2013

Selepas Pulang

Bismillah

Selepas pulang ke Jakarta setelah 65 hari di Malaysia Tanah Tumpah Darah. Jakarta tiada bezanya yang berbeza adalah Malaysia kerana pada 5 Mei 2013 telah diadakan Pilihanraya Umum ke-13. Amat berbeza dengan tahun-tahun yang sudah. Apa yang tidak berbeza adalah tiada ketulusan dan kejujuran. Allah Amat Mengetahui apa yang kamu semua lakukan. Saya berharap kebenaran akan dibuktikan.

"Lazimilah selawat, disana mendapat syafaat"