Friday 8 March 2013

Pulang Malaysia

Bismillah

Alhamdulillah. 02 Mac 2013 | Malaysia

Kami sekeluarga pulang ke Tanah Melayu dari Tanah Jawa dengan selamat untuk membantu adik kedua (Makngah kepada 3 anak-anak saudaranya) melangsungkan pernikahan, majlis resepsi dan majlis di Kelantan. In Shaa Allah. Didoakan segala urusan berjalan lancar.

In Shaa Allah, blog ini bakal mencatat perjalanan kami sekeluarga dimana sahaja kami berada. (Kenapa mahu berblog pula?) Kerana banyak perkara perlu dicatat dan disimpan buat kenangan dan rujukan untuk masa akan datang. Kita semua akan ke Negeri Kekal Abadi, jadi blog ini dibuat untuk tatapan anak-anak, cucu cicit cucut segala sebagai rujukan dan kenang-kenangan untuk perkongsian ilmu dan pengalaman. Itu sahaja buat kali ini. Semenjak memegang jawatan KHAS dilantik Allah sebagai UMMI ini, catatan memang banyak. In Shaa Allah lain masa bersambung lagi. 

Jaga Iman | Jaga Solat | Jaga Diri